Friday, February 6, 2009

Tudung Wanita....

Isu panas mau sentuh hari ni....nak sebut pasal tudung perempuan....Anjakan paradigma kat era globalisasi skang ni ramai wanita-wanita tak pakai tudung...Ikut pengalaman saya, kalo tanya kenape tak pakai tudung, mereka pun menjawab "ikut suka orang la, you kenape nak sibuk", ataupun diaorang cakap macam ni "Rimas pakai tudung". Rimas tuh boleh faham....tapi still benda yang nyata adalah perempuan wajib pakai tudung....jangan mencari alasan yang bodoh semata-mata untuk tidak memakai tudung

Nak mintak maaf sebab saya pantang dan tak leh terima skit kalo tengok pompuan tak pakai tudung....bukan anti terus sebab ramai kawan saya tak pakai tudung....tapi macam saya kesian jugak la kat diaorang tudung sebenarnya wajib bagi serorang wanita.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..."
Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31,



Saya juga tidak kata yang orang yang tidak memakai tudung ni bukan baik orangnya...terdapat juga orang yang baik, cuma kita hanya perlu tunjuk mereka ke jalan benar, iaitu menyuruh mereka memakai tudung. Orang tidak memakai tudung seolah-olah tiada batasan bagi mereka. Isu hangat lagi yang saya dengan adalah nampak je pakai tudung tetapi pakai baju ketat, nampakkan dada, nampakkan punggung, baju singkat, baju ketat(bak kata ustaz, pakai baju adik).

Saya nak tanya, ape yang anda hendak tunjuk????...body anda, fesyen, sebab zaman modern, nak tunjuk kat lelaki, semua tuh nafsu.. Berfesyen pun boleh...dalam islam pun boleh berfesyen tapi berbatas dan menutup aurat....biarpun kata-kata ku di marah atau di maki oleh kaum wanita, tetapi apa yang aku kata tuh benar dan apa sebenarnya kamu nak jawab kat Allah S.W.T di akhirat @ di kubur kelak. Kamu nak jawab tak pakai sebab tak selesa??Saya berdoa agar Allah S.W.T bagi Rahmat kepada kamu...Saya bukan nak kata saya ni alim tetapi memakai tudung juga bnyk kebaikannya.

Cantik apa perempuan yang memakai tudung.. Tak perlulah sibuk-sibuk membazirkan duit pegi “saloon” baiki rambut. Kalo baiki rambut untuk tunjuk pada suami takpela, tetapi nak tunjuk semua orang buat per?....takde kebaikannya…Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..." (Al-Ahzab: 59).


Pengertian jilbab ialah:

a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim)menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka menghulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.

Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transparent (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan berpakaian namun telanjang. Pakaian yang transparent tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. An-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya.

Dalam hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anha, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

Hadis ini menunjukkan dua hal:

a) Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b) Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.

tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun.

Lol….Saya nak buat Kesimpulan skit…kalo kita lihat di atas…menunjukkan aurat, @ tidak memakai tudung, memakai baju transparent tak akan dapat cium bau syurga pun…Tak inginkan kamu-kamu wanita ingin ke SYURGA???..ini menunjukkan bertapa pentingnya wanita untuk memakai tudung…..Jangan ble nak tua baru nak insaf…itupun kalo kita sampai ke tahap tuh….kalo Allah S.W.T nak matikan kita awal cmna korang nak jawab kat Tuhan….maka jagalah maruah anda wahai wanita..insyallah dengan menutup aurat terelak dari perkara-perkara yang mungkar dan perkara tidak elok…. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.



1 comment:

Gurl Runner Kota Bharu said...

waaaa..

gue terasa bangat sih...

tpi ngak ngapa coz gue udah maw lekat ini punya tdung d kpala..